Kata tokoh agung hamka, cinta itu suci, suci bagi orang yang tahu menilai erti sebuah cinta dalam konteks yang selaras dengan agama. Cinta lahir pintu kasih, pintu sayang dan pintu kasihan. Maka cinta akan kekal lama jika ia lahir daripada pintu kasihan melebihi pintu kasih dan pintu sayang. Cinta masa kini lebih banyak bersandar kepada nafsu dan seks semata-mata. Jika dia terlalu mabuk dengan cinta ketika sebelum berkahwin, itu hanyalah cinta atas dasar seks, cantik, seksi, nafsu yang selalunya mendorong kepada pintu maksiat malah ada yg sampai bergelumang dengan maksiat tanpa ada rasa malu pada Tuhan yang menjadikannya.
Bukan itu sahaja, tiada langsung nada-nada penyesalan, bahkan merasa bangga dengan kemaksiatan yang dilakukannya. Orang yg sebegini Allah telah hilangkan rasa malu pada dirinya dan mencabut sedikit demi sedikit iman yang ada pada dirinya.
Jika pun sama ada lelaki atau perempuan yang terlibat itu telah tidur sebantal tanpa segan silu pada Tuhan dan pada manusia,maka apabila dia berkahwin, ''kemanisan dan keindahan'' dalam perkahwinan itu tidak akan Allah kurniakan dalam dirinya sehinggalah mereka benar-benar bertaubat.
Naudzubillah..lindungilah diri hamba mu ini ya Allah..
No comments:
Post a Comment