Thursday 27 October 2011

~~@ penjagaan wajah di rumah/kolej =)

Penjagaan wajah sendiri di rumah/kolej dengan berdisiplin dan betul sebenarnya dapat membantu anda untuk mengembalikan keremajaan dan merawat wajah.

Melupakan sebentar kesibukan atau stres, anda hanya memperuntukan masa setengah jam untuk melakukan rawatan wajah di rumah/kolej.

Tapi bagaimana caranya tuuuu??? Haaaa cara nya senang saja...Bermula dengan membersihkan wajah, pakai topeng muka (mask), penyegar muka, pelembap muka dan menggunakan serum (intensive serum).



1) Pencuci Muka

Membersihkan muka daripada segala kotoran dan disusuli dengan pemakaian penyegar dan pelembap wajah.

2) Topeng Muka (Collagen Mask)

Pemakaian mask pada waktu terluang atau sebelah malam amat penting bagi mengurangkan garis halus, menyuburkan kulit dengan lembapan dan menegangkan kulit untuk kelihatan muda menawan. (100% pure marine collagen)

3) Serum (intensive serum)

Serum untuk menanggalkan kulit kusam dan kasar pada permukaan serta merangsang pembaharuan sel aktif untuk menyelesaikan pelbagai keadaan masalah kulit. Kulit kelihatan muda remaja dengan tekstur kulit yang lebih halus dan warna sekata selepas rawatan 6 minggu.

Bagi golongan wanita berusia 20-an, inilah langkah mudah untuk anda mengelak proses penuaan berlaku dengan cepat.

Nota Kaki: Jangan bace jep tau, selamat mencuba (^^,)

No comments:

Post a Comment