Monday 9 July 2012

Alhamdulillah masih diberi dugaan Mu

Maafkan saya, jika keputusan ku ini mengguris, merobek hati mu. Tak terniat pun di hati ini mengguris hati mu.
Anggap sahaja jodoh kita hanya sampai disini sahaja. Jangan kamu pertikaikan hal-hal remeh macam ni pun nak mintak clash jugak. Mungkin ia remeh pada pandangan mata kamu, tapi tidak pada ku. Yaa setiap orang berlainan pendapat. Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Pertama kali aku melihat dirimu cukup terpesona memandang dia, jika terdetik hatimu untuk memiliki dia, ku rela mengundur diri. Undur diri bukan sebab aku pengecut tapi atas sebab tak sanggup melihat, merasai kecurangan mu. Kadang aku sendiri tak faham dengan lelaki. Ikhlas kah dia, jujur kah dia.. Wallahualam..
Ya Allah, jika benar dia untuk ku Engkau tunjukkan lah jalan padaku ya Allah. Berikan lah aku petunjuk Mu ya Allah. Jika dia bukan untukku, Kau buangkan lah rasa rindu, rasa cinta, rasa sayang ini jauh-jauh dari merindui, mencintai dan menyayanginya. 


ya Allah, banyak sekali impianku 
namun dosa yang menggunung membuatkan hamba malu bermohon pada Mu ya Rab
moga Kau meredhai impian ku 
sebagai perancangan yang telah Engkau tekdirkan untukku
dan moga hamba sentiasa redha dengan suratan Mu
walaupun ia bercanggah dengan keinginan ku
kerna Kau yang mencipta diriku 
pasti Engkau mengetahui yang TERBAIK untuk diriku..ya Allah..



No comments:

Post a Comment